Istikharah, apakah Mimpi Atau Gerak Hati?

Posted: February 7, 2014 in Fiqih

Hadits Tentang Istikharah

“Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi Shalallahu alaihi wasallam mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana beliau mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam)”

“Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi Shalallahu alaihi wasallam apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : “Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku”

“Dari Jabir r.a. katanya Nabi Shalallahu alaihi wasallam bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)”

Beberapa salah pahaman dalam konsep Istikharah.

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan apabila ragu ragu dalam memilih antara dua perkara. Sebetulnya ini kurang tepat kerana Nabi Shalallahu alaihi wasallam menyatakan dalam hadis:

إذا همّ أحدكم بالأمر

Perkataan yang Nabi Shalallahu alaihi wasallam yang digunakan ialah ” هم” yang bermaksud hasrat, dan bukannya ” تردد” ( ragu ragu). Perkataan ” همّ” adalah tahap sebelum ” عزم”(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tidak ada pilihan lain, ini berarti dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu dibolehkan beristikharah lalu melaksanakan perkara tadi. Begitu juga sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tidak diberi pilihan untuknya, maka beristikharah terlebih dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang mampu memberi jawaban, lalu pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.

Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu contohnya dalam bab nikah atau musafir, sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu alaihi wasallam :

“ Adalah dia (Nabi Shalallahu alaihi wasallam) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara” (Riwayat Tirmizi)

Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi:

“ Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu”.

Penggunaan perkataan “من غير الفريضة”( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini berarti, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalannya, setelah salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi Shalallahu alaihi wasallam, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.

Keempat :

Ada juga yang beranggapan, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana maksud asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Mari simak kepada firman Allah Ta’ala:

“Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidak baik untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya”.

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih ragu ragu untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara karena sebetulnya Allah akan mudahkan apa saja pilihannya.

Kelima :

Ada yang beranggapan bahwa harus ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh akibat menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah “nur” yang dilimpahkan oleh Allah Ta’ala terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.

Inilah beberapa kesalah faham yang perlu kita perbaiki atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s