Tri Tauhid Vs Sifat 20?

Posted: February 7, 2014 in Aqidah

Seusai membaca tentang Qadhaya Muasirah yang diberikan oleh ahli bait, ana termenung dan istighfar panjang. Kenapa tidak, dalam tajuk qadhaya untuk tahun pertama pelajar dalam sebuah madrasah terdapat petikan “ Bangkangan Terhadap Tauhid yang 3”.

Tauhid 3 ialah asas pemahaman tauhid yang agak popular sekarang ini. Ia merangkumi :
1. Tauhid Rububiyah : iaitu mengakui hanya Allah yang mencipta dan menguruskan semua alam
2. Tauhid Uluhiyah : iaitu mengakui keEsaan Allah dan melakukan segala ibadah untukNya sahaja
3. Tauhid Asma dan Sifat : mengakui dan meyakini segala nama dan sifat Allah tidak sama dengan makhluk sedikit pun.

Turut ana sesali apabila dikabarkan bahwa sebagian ikhwah juga membantah pembagian Tauhid kepada 3 bagian ini.( Ana harap itu hanya kabar semata-mata, dan bukan pendirian beliau)

Di Bawah ini, dinyatakan tentang hujah mereka yang menolak pembahagian 3 tauhid :-

Hujah Pertama
Tidak ada di kalangan ulama salaf ( bahkan di zaman Nabi pun ) yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian ini .

Jawaban ana:
Benarkah begitu? Jika apa yang dimaksudkan salaf ialah selain dari Nabi Shalallahu alaihi wasallam,para sahabat dan juga tabiin, ia boleh diterima. Memang mereka tidak pernah membahagikan tauhid secara jelasnya kepada 3 pembahagian ini.

Namun, adakah sifat 20 juga pernah dibuat oleh mereka?

Jika mereka beranggapan, maksud ungkapan salaf ialah orang yang hidup dalam kurun ketiga (3 ) hijrah ke bawah, selain daripada Nabi Shalallahu alaihi wasallam, sahabat dan tabien, ia juga tidak tepat, karena ada beberapa ulama yang hidup dalam lingkungan zaman 3 Hijrah menyatakan tentang 3 tauhid ini.

Sebagai contoh , Al Hafidh Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Atthabariy rahimahullah, lahir pada 224 H wafat pada 310 H. Beliau nyatakan dalam kitab tafsir beliau pada:

1. Ayat 83 surah Ali Imran (surah ke3) tentang adanya Rububiyah dan Uluhiyyah
2. Surah Annisa (surah ke 4) ayat 36
3. Surah Al Kahf ayat 110
4. Surah Sood ayat 65
5. Surah Ankabut ayat 61

Ulama (tafsir) mutaakhirin juga ada menyebut tentang tauhid ini seperti Imam Ibnu Kathir ra (ulama kurun ke 7-), ada menyatakan dalam tafsir beliau ‘ Tafsir alQuran Al-Adzim’ tentang tauhid Uluhiyyah dan Rububiyah. Sebagai contoh:

1. Surah Ankabut ayat 61
2. Surah Atthuur ayat 35

Dalam Syarah Ibnu Abi Al Izz (Ali bin Ali bin Muhammad bin Abil Izz ad-Dimasyqi, wafat 792 H) terhadap matan (teks) Aqidah Tohawiyyah, beliau turut menyebut tentang tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah ini

(فعُلم أن التوحيد المطلوب هو توحيد الألوهية الذي يتضمن توحيد الربوبية)

“ Maka diketahui (dari sini) bahawa, yang dikehendaki di sini ialah Tauhid Uluhiyyah yang (juga) mengandungi Tauhid Rububiyyah”

Hujah Kedua
Perkataan Rabb dan Ilaah, membawa maksud yang sama. Ayat Al Quran ada menyebut tentangnya, contohnya:
1. surah Yusuf Ayat 39
2. surah yusuf Ayat 40
3. surah ali imran ayat 80
4. surah al Maidah ayat 116

Jawaban
Tidak ada secara terang dan jelas yang menunjukkan bahwa Ilaah dan Rabb membawa makna yang sama, kerana kesemua ayat yang dinyatakan di atas terarah bukan kepada satu golongan saja. Bagi golongan yang beranggapan bahwa ada tuhan lain yang mencipta alam, maka Allah menggunakan perkataan Robb , bagi yang mengakui Keesaan Allah, namun ibadah mereka menyimpang, maka Allah menggunakan perkataan Ilaah. Apatah lagi dalam surah AnNaas, Allah menggunakan kedua-dua perkataan (robb dan ilaah) dalam satu surah

))قل أعوذ برب الناس. ملك الناس. إله الناس ))

Dari segi penggunaan bahasa Arab, tidak perlu diulang perkara (perkataan) yang sama dalam satu masa, karena dengan pengulangan kata yang sama tanpa membawa maksud atau keperluan lain, ia adalah sesuatu yang sia-sia. Disamping itu juga, ia mencacatkan kefasihan ayat itu sendiri
Abu A’la Al-Maududi juga telah menjelaskan dalam kitab beliau ‘ AlMustalahat al-Arbaah Fil Quran’ tentang wujudnya perbezaan antara perkataan Ilaah dan Robb. Banyak lagi hujah yang diutarakan yang bagi ana yang cetek ilmu ini, merasakan ianya rada kurang sesuai, tapi cukuplah sekadar ana nyatakan dua hujah utama dari pegarang asal.

Kesimpulan
Apa yang hendak ana tekankan di sini ialah bukanlah siapa salah dan siapa benar. Semua ulama telah berusaha untuk memudahkan pemahaman agama dengan pelbagai cara. Janganlah hanya kerana pembagian ini, menyebabkan kita semua berpecah dan mencari kesalahan orang, sebaiknya, tumpukan kepada perkara yang lebih utama lagi.

Yang penting bukan penamaan dan pembagian, tapi sejauh mana kita memahami tugas kita sebagai hamba, tidak menyamakan Allah dengan makhluk, mengabdikan diri hanya untukNYA. Malaikat tidak akan tanya,: “kamu percaya sifat 20 atau 3 tauhid?”

Umat Islam yang tersebar di serata dunia, seharusnya tumpukan kepada mempertahankan diri dari serangan musuh, dalam apa jua bidang. Musuh sekarang bukannya berperang secara berdepan, namun lebih kepada serangan pemikiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s